Saturday 29 September 2012

Cikgu....nak berpantunke?

Pada hari Khamis yang lalu, sempat saya bertanyakan anak didik di Tahun 5 mengenai pantun.Ramai yang memberikan persepsi pantun malah ada yang cuba berpantun.Alhamdulilah rasanya pelajar- pelajar kita masih mengenali Pantun Melayu.Di sini saya sertakan pantun nasihat yang telah saya kongsi bersama murid dan diharapkan boleh dijadikan pedoman kita bersama.


Tumbuh melata si pokok tebu,
Pergi pasar membeli daging,
Banyak harta tiada ilmu,
Bagai rumah tiada berdinding.

Tulis surat di dalam gelap,
Ayatnya banyak yang tidak kena,
Jagalah diri jangan tersilap,
Jikalau silap mendapat bencana,

Hendak belayar ke Teluk Betong,
Sambil mencuba labuhkan pukat,
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.

Pakai baju warna biru,
Pergi sekolah pukul satu,
Murid sentiasa hormatkan guru,
Kerana guru pembekal ilmu.

Lagu bernama Serampang Laut,
Ditiup angin dari selatan,
Layar dikembang kemudi dipaut,
Kalau tak laju binasa badan.

Tekun meneliti contoh -contoh pantun dari bahan bacaan.



Berbincang sambil mencari maksud pantun.


Murid : Cikgu, saya tidak faham maksud pantun yang ke empat?
Wow..bila dah ada blog kenalah sentiasa edit..rasanya tidak mengapakan jika sesekali saya menjengah.. maklumlah rasanya belum begitu mahir lagi untuk saya bermain dengan ikon-ikon di laman blog ini.Baiklah..di sini saya ingin berkongsi bersama rakan pembaca mengenai tugasan Teknologi Maklumat (KRT 3013).Selain itu juga,saya ingin mengucapkan rasa terima kasih tidak terhingga kepada tutor dan pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan lain.Tugasan membina BLOG ini membuatkan saya tahu dan mengenali "Apa itu Blog ".




Tugasan 3: Pembangunan Blog P&P (30%)

Tarikh penilaian akhir pada  14 Disember 2012
Blog anda perlu aktif dan dihantar pada Tapak Tugasan MyGuru3 pada  15 November 2012

Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:
1.    Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2.    Pilihan matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran utama yang ditugaskan di sekolah.
3.    Pastikan nama, foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di muka hadapan blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.
4.    Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
·      Bahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas dan sebagainya.
·      Gambar
·      Audio
·      Video
5.    Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada kandungan yang dipaparkan.
6.    Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.

Tugasan blog hendaklah dihantar melalui Tapak Tugasan 3 dalam Myguru3.
Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kriteria berikut:
Kriteria
Markah
Kandungan persembahan
7%
Kreativiti persembahan
10%
Rujukan
3%
JUMLAH
20%


PERINGATAN
Plagiat bagi mana-mana tugasan adalah dilarang sama sekali. Sekiranya pelajar didapati meniru/menipu dalam mana-mana tugasan boleh dikenakan tindakan tatatertib serta hukuman setimpal dengan kesalahan.


Thursday 27 September 2012

gelombang sebesar gunung...



Ali Erturk5 Photography by Ali Ertürk

petang ini udara alam harmoni sekali
mesranya menyelinap di dalam diri
dan di antara simpang siur di jalan
tiada segan menyelinap semua ujian..

sinar suria di ufuk memamah dunia
menyegar diriku di laman berbunga
tersentuh hangat cinta di puncak rasa
menyala segala hasrat di sudut segala

siul burung mendendangkan orang murung
begitu riang mengharum ruang kosong
bagaikan mencabar kembara dilanda mendung
menempuh gelombang sebesar gunung...


Syukur..Alhamdulillah


Ali Erturk8 Photography by Ali Ertürk

Syukur alhamdulillah dengan izin Allah SWT pada hari ini. Khamis bersamaan 27hb September 2012 (  11 Zulkaedah 1433H)  lahirlah blog saya yang bernama "MUDAHNYA BAHASA MELAYU". Perasaan gembira dan teruja saat saya menulis entri pertama ini..Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah SWT yang memberi rahmat kerana dengan izinNya saya sekarang bergelar penulis blog ataupun blogger.