KARANGAN JENIS BERITA
Ciri-ciri
karangan jenis berita:
1.
Berita ialah maklumat yang disampaikan untuk memberikan
pengetahuan, hiburan,peristiwa semasa, dan maklumat tambahan kepada pembaca.
2. Dalam
peperiksaan, karangan berita disoal dengan memberikan satu
situasi. Anda hendaklah menulis karangan
berdasarkan situasi tersebut.
Teknik menulis berita tidak sama dengan
menulis karangan biasa. Berita
mempunyai perenggan yang banyak. Tidak
semestinya satu
perenggan dikira sebagai satu isi.
4. Satu
perenggan berita mengandungi satu atau dua ayat.
5.
Dalarn berita ada sedutan daripada kata-kata seseorang. Ini bertujuan
meyakinkan pembaca tentang berita yang
kainu sampaikan.
6.
Berita mempunyai formatnya yang tersendiri.
a) nama tempat-ditulis sebelah kiri perenggang pertama dengan
hurufbesar dan diikuti tanda koma
(;)
b) nama hari- ditulis selepas nama tempat dan diberi tanda
sempang (-) sebelum memulakan
perenggan pertama.
7.
Penutup berita adalah tindakan yang diambil terhadap kejadian.
Tulis sebuah berita kema1angan yang berlaku di tempat
anda.
Petaling Jaya, 2 Disember — Sebuah bas ekspess yang membawa 30 orang
penumpang terbabit dalarn kemalangan
yang melibatkan sebuah kereta dan sebuah van. Pemandu bas ekspress dan dua penumpangnya
meninggal dunia.
Azrni Halim 33, dari Taman Indah Bangi meninggal dunia di tempat kejadian,
manakala Salmi Hashim 20 dan Tan Chee Keong 24, kedua-duanya berasal dari Taman
Sri Sentosa meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur.
Ketua Polis Dearah, Temangku Rahman Salmon berkata. mayat ketiga-tiga
mangsa telah dituntut oleh keluarga
masing-masing.
Dalam kejadian yang berlaku semalan, lima orang penumpang bas dan tiga
penumpang van cedera, termasuk empat yang cedera parah. Keempat-empat mereka cedera parah telah dikejarkan ke
Hospital Besar Kuala Lumpur. untuk rawatan kecemasan.
Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan. Walau bagaimanapun polis
mengesyaki kemalangan ini mungkin disebabkan kerosakkan pada enjin bas ekspress
tersebut.
KARANGAN
JENIS KEPERIHALAN
1.
Karangan jenis keperihalan merupakan sebuah cerita yang
berkaitan dengan diri anda sama ada cerita yang pernah dialami, dilihat, dirasa
atau didengar.
2.
Karangan ini boleh direka tetapi perlu logik.
3.
Karangan ini menghendaki anda menceritakan hal seseorang
tempat ,peristiwa atau benda.
4.
Perkara yang diambil kira mungkin perwatakan,
pengalaman,pemandangan , situasi,sifat,sikap dan perasaan.
5.
Cerita yang anda olah adalah permulaan,kemuncak dan
bentuk.
6.
Unsur ketegangan atau suspens harus dimasukkan untuk
menjadikan cerita anda lebih menarik.
7.
Karangan jenis ini senang ditulis jika anda pernah
mengalami atau melihat perkara ini.
8.
Gambaran mesti berkesan.
Contoh Karangan : Gambarkan suasana di pasar pada waktu pagi.
Di pasar terdapat pelbagai jenis
barang keperluan harian seperti daging, sayur-sayuran dan sebagainya.
Pasar menjadi tumpuan orang ramai pada waktu pagi hari minggu, cuti am dan
hari-hari biasa.Orang ramai sibuk membeli barang-barang keperluan mereka.
Orang ramai suka pergi ke pasar pada waktu pagi kerana ikan dan sayuran masih
segar dan baru. Selain itu,harga
barang-barang di pasar lebih murah jika dibandingkan dengan pusat membeli
belah.
Di pasar kita dapat melihat
berbagai-bagai ragam manusia,tidak
kira lelaki atau perempuan. Keadaan pasar sangat sempit sehingga kita terpaksa berjalan dengan terhimpit-himpit.
Keadaan pasar sangat bising. Para
peniaga terlaung-laung memanggil
pembeli datang ke gerainya. Keadaan pasar tidak menyenangkan. Terdapat
berbagai-bagai bau seperti bau ikan, bau sampah dan lain-lain. Walau
bagaimanapun pasar amatlah penting kepada pengguna.
KARANGAN JENIS
AUTOBIOGRAFI
1.
Karangan autobiografi dikaitkan dengan cerita hidup
sesuatu benda,tumbuhan,binatang dan sebagainya.
2.
Perkara yang
diceritakan ialah tentang sejarah ciptaan,rupa bentuk,warna,harga,khidmat yang
diberi dan sebagainya.
3.
Karangan ini adalah jenis rekaan. Setiap rekaan anda
perlulah logik dan munasabah.
4.
Untuk ‘menghidupkan’ cerita,nada perlu membayangkan diri
anda sebagai objek tersebut.
5.
Anda perlu memahami dan mengetahui peranan, keistimewaan,serta kegunaan yang
dimiliki oleh objek berkenaan bagi memudahkan anda mengolah cerita.
6.
Ungkapan atau peribahasa yang sesuai boleh digunakan
supaya karangan anda lebih menarik.
7.
Pastikan ejaan,tanda baca,serta penggunaan imbuhan betul
dan tidak ada kesilapan kerana perkara ini boleh mempengaruhi markah anda.
8.
Penutup karangan berkisar tentang nasib yang dialami.
Contoh karangan : Saya Sebuah Komputer
Aku
dicipta daripada beberapa komponen elektronik hasil kajian sains teknologi. Badanku terdiri daripada ‘keyboard’, ‘monitor’, ‘hardisk’, ‘mouse’ dan
juga ‘speaker’. Aku diberi
gelaran sebagai Pentium MMX GSCOM.
Diriku
digandingkan pula dengan rakan seperjuanganku yang
lain seperti ‘mesin pencetak’ (printer) yang digelar ‘Lexmark’. Kami berdua
bersahabat baik dalam mengharungi
rutin hidup karni.’
Suatu
hari, kami telah dibawa ke rumah banglo yang besar. Kami dibawa dengan penuh berhati-hati. Setelah tiba, baru kami sedar bahawa kami telah dibeli oieh seorang lelaki tua sebagai hadiah
harijadi anak gadisnya yang
berumur 13 tahun.
Semenjak
itu, kami berkhidmat dengan penuh setia kepada
tuan ‘Linda’ begitulah manisnya nama
tuanku. Beliau amat menyayangi
kami yang boleh memenuhi segala kehendaknya
seperti menghasil graf, gambar-gambar, CD-Movie dan sebagainya. Jari-jemarinya sentiasa rancak bermain di atas
badanku (keyboard).
KARANGAN JENIS CERITA
Pengenalan
Karangan
cerita merupakan karangan yang paling popular dalam UPSR. Karangan yang
hendak ditulis mestilah berdasarkan tema atau situasi yang diberi. Untuk
menghasilkan sebuah cerita yang baik, kesinambungan jalan cerita mestilah
berurutan dari satu perenggan ke perenggan yang lain.
· Karangan jenis cerita ialah
karangan yang berbentuk cerita rekaan, cerita imaginasi.
· Ketepatan fakta tidak diperlukan,
tetapi cerita yang dipaparkan mestilah logik, menggunakan bahasa yang indah
serta pengolahan yang mempunyai unsur-unsur kreatif.
· Karangan ditulis berdasarkan
pengalaman, pemerhatian, perbualan, dan pembacaan.
· Sebuah cerita yang baik mempunyai
ciri-ciri seperti berikut, iaitu peristiwa, watak, tempat ( latar cerita) sebab
dan akibat kejadian serta plot (jalan cerita).
· Karangan di bahagikan kepada
beberapa peringkat, iaitu perkembangan isi, ketegangan, kemuncak, dan
penyelesaian.
· Perbualan atau dialog boleh
digunakan untuk menghidupkan sesebuah cerita.
· Setiap cerita mempunyai nilai
murni seperti tolong-menolong, kasih sayang dan sebagainya.
- Kemahiran berfikir secara keritis dan kreatif sangat-sangat diperlukan untuk mencorakkan jalan cerita yang lebih menarik dan berkesan.
Tajuk Perbincangan
Tuliskan sebuah karangan cerita yang bertajuk ‘
Menabung’
Lengkapkan cerita di atas. Panjang cerita kamu
mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Langkah 1
Kamu mestilah membaca soalan karangan tersebut
dengan teliti. Fahamkan tema atau cerita yang hendak ditulis. Garisi
maklumat-maklumat yang penting supaya kamu tidak melakukan kesilapan semasa
membuat rangka karangan. Soalan ini, memerlukan kamu memberikan gambaran
mengenai satu cerita yang berhubung dengan kebaikan, kelebihan orang yang suka
menabung.
Langkah 2
Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat
kerangka karangan. Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat
berdasarkan peta minda atau isi-isi penting.
Langkah 3
Berdasarkan peta minda dan isi –isi penting anda
bolehlah menulis karangan tersebut. Semasa mengarang, binalah ayat-ayat yang
betul tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.
Contoh karangan :
Menabung
Jam menunjukkan pukul 10.40 pagi,
loceng menandakan waktu rehat berbunyi. Murid-murid keluar dari kelas
masing-masing dan berpusu-pusu menuju ke kantin. Mereka beratur untuk membeli
pelbagai juadah yang dijual di kantin.
“Kamu tidak ke
kantin, Amir?” tanya Azman rakan sekelasnya.
“Tidak, aku ada
membawa bekalan,” jawab Amir sambil membuka bekalan. Memang telah menjadi
kelaziman bagi Amir membawa bekalan dari rumah. Wang saku yang diberikan oleh
ibunya disimpan di dalam tabung. Amalan menabung ini telah dilakukan oleh
Amir sejak dia di tahun satu lagi.
“Maklumlah, orang
hendak cepat kaya. Berbelanja di kantin pun dia tidak mahu. Tidak lama lagi
ada seorang rakan kita yang akan bergelar jutawan,” Azman menyindirnya dan
disambut dengan hilaian ketawa rakan-rakannya yang lain.
Amir tidak berasa
hati sedikit pun dengan ejekan dan sindiran rakan-rakannya. Baginya, menabung
merupakan tabiat mulia yang perlu diamalkan. Setiap orang perlu berjimat
cermat untuk masa depannya. Lebih-lebih lagi wang belanja yang diperoleh
adalah hasil jerih ibunnya mengambil upah menjahit.
“Mungkin
rakan-rakanku itu keluarganya orang berada. Mereka tidak pernah hidup susah
ataupun mengalami masalah kewangan. Segala kemahuan akan dipenuhi oleh ibu
bapa mereka. Lainlah aku, keluargaku bukannya daripada kalangan orang yang
berada, ayah telah meninggal sejak aku dilahirkan” Amir berbisik sendirian
memujuk hatinya.
Pada penghujung
tahun, Amir telah terpilih sebagai pemenang pertama satu pertandingan
penyimpan wang terbanyak dan terkerap. Amir telah menerima beberapa hadiah
istimewa berupa wang dan peralatan sekolah daripada pihak bank yang menaja
pertandingan tersebut.
|
lANGKAH 4
Kamu hendaklah membaca dan menyemak semula karangan
itu. Dalam proses penyemakan perkara-perkara berikut perlu diperhatikan ialah
kesalahan penggunaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan
ejaan.
Latihan Minggu Ini
- Tulis sebuah karangan bertajuk ‘Terselamat’
- Tulis sebuah karangan tentang ‘Malang Tak Berbau’
- Tulis sebuah karangan bertajuk ’Akibat Degil’
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KARANGAN JENIS PERBUALAN
Karangan jenis perbualan , biasanya melibatkan dua orang atau
lebih yang berbual atau berbincang tentang sesuatu perkara.
Karangan jenis ini boleh
dibahagikan kepada dua bentuk , dialog atau perbualan, dan wawancara atau
temuramah.
Sebelum menulis karangan ini anda
harus memahami kehendak soalan ,mencari isi penting dan menentukan jalan
ceritanya terlebih dahulu.
Dalam karangan dialog, kedua-dua
pihak harus saling bertanya atau memberikan jawapan, dan memberikan pendapat.
Untuk menulis temuramah pula pihak yang menemuramah akan mengemukakan soalan
dan yang ditemuramah akan menjawab soalan yang diajukan.
Pastikan anda menggunakan kata
ganti diri yang sesuai yang sesuai dengan watak dan situasi dialog tersebut.
Contohnya jika orang yang diajak berbual lebih berumur, gunakan panggilan
“Encik”, “Tuan” ,atau “Pak cik”.
· Tidak digalakkan menggunakan
kependekan seperti “kan”, “tak”, dan “tidak”.
· Penggunaan bahasa kiasan dan
peribahasa adalah digalakkan supaya dialog lebih menarik.
· Jangan salah format, markah anda
akan dipotong.
Soalan Perbincangan
Sementara menunggu bas, kamu berbual-bual dengan rakan kamu
tentang faedah membaca.
Tulis perbualan antara kamu dan rakan kamu. Panjang dialog
kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120
patah perkataan.
Langkah 1
Kamu mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti .
Fahamkan tema atau kehendak dialog yang hendak ditulis . Garis
maklumat-maklumat yang penting supaya anda tidak melakukan kesilapan semasa
membuat rangka karangan.
Langkah 2
Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka
karangan . Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta
minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas .
Langkah 3
Berdasarkan peta minda , anda bolehlah menulis
karangan anda. Semasa mengarang , binalah ayat-ayat yang betul mengikut
tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.
Baca contoh karangan di bawah ini.
Anis : Amin, mana ada orang yang membaca sementara menunggu
bas?
Amin : Betul kata kamu Anis. Kata cikgu, kalau di Jepun
keadaannya
berbeza.Membaca telah menjadi budaya kepada masyarakat
mereka.Sementara menunggu bas mereka membaca, bukan hanya berbual
kosong.
Anis : Sepatutnya masyarakat kita telah sedar bahawa dengan
membaca
masyarakat yang bermaklumat.
Aimin : Tidaklah seperti katak di bawah tempurung.
Anis : Selain itu dengan membaca juga kita dapat memenuhi masa
terluang.
Sebaliknya , seseorang itu
akan mudah terpengaruh aktiviti yang tidak
berfaedah.
Amin : Betul kata kamu , Anis. Kita juga boleh memperolehi
hiburan
dengan membaca. Katakan kita membaca buku cerita, kita akan
berasa terhibur, selain mendapat pengajaran daripada cerita
tersebut.
Anis : Bukan itu sahaja , malah dengan membaca , penguasaan
bahasa
kita akan meningkat. Sejak saya banyak membaca buku-buku
cerita bahasa Inggeris. Nampaknya bahasa Inggeris saya semakin
meningkat. Oh, bas dah sampai , mari kita naik!
Amin : Tunggu dulu , orang belum turun !
Langkah 4
Ø Selepas mengarang , anda
hendaklah membaca semula karangan . Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari
segi penggunaan perkataan ,struktur ayat, penggunaan imbuhan , tanda baca dan
ejaan.
Latihan
minggu ini.
Tulis karangan di bawah ini . Bagi tiap-tiap soalan panjangnya
mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah
perkataan.
1. Kamu dan dan rakan kamu sedang mengambil angin di taman.
Kamu dan rakan kamu berbual-bual tentang cara-cara mengindahkan lagi kawasan
taman tersebut .
Tuliskan perbualan kamu dan rakan kamu selengkapnya.
Tuliskan perbualan kamu dan rakan kamu selengkapnya.
2. Kamu membuat panggilan telefon kepada rakan kamu
memberitahunya bahawa kamu tidak dapat hadir ke sekolah untuk aktiviti
kokurikulum pada hari itu. Nyatakan sebab-sebab kamu tidak hadir untuk
disampaikan kepada guru kamu.
Tuliskan perbualan kamu dan rakan kamu selengkapnya.
3. Andaikan kamu dan rakan kamu sedang berada di dalam bas
yang akan membawa kamu melawat sambil belajar. Kamu dan kawan kamu berbual-bual
mengenai faedah-faedah yang boleh diperolehi apabila kamu menyertai lawatan
sambil belajar.
Tuliskan perbualan kamu dan
rakan kamu selengkapnyaCARA MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN C:
Mengulas pengajaran/nilai murni dalam petikan.
CONTOH
PETIKAN
Tulis
lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya
jawapan kamu mestilah
tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Ketika berjalan ke sekolah untuk
menghadiri latihan sukan, aku terjumpa sebuah dompet. Aku membuka dompet itu
untuk mengetahui siapa pemiliknya. Di dalam dompet itu terdapat wang yang
banyak dan dokumen penting. Aku berfikir sejenak sambil melihat sekeliling
sekiranya ada orang yang sedang mencari-cari dompetnya.
Tiba-tiba rakanku datang dan aku
memberitahunya tentang dompet tersebut. Dia menyuruh aku mengambil sahaja
dompet itu. Aku tidak berani untuk berbuat demikian. Aku teringat akan pesan
ibu bapaku agar tidak mengambil barang kepunyaan orang lain.
Aku membuat keputusan untuk
menyerahkan dompet tersebut kepada guru bertugas, iaitu Cikgu Rani. Beliau
telah membawa aku berjumpa dengan guru besar. Guru besar memuji tindakan yang
telah aku lakukan itu.
CONTOH CARA MENJAWAB
Banyak pengajaran yang dapat kita
peroleh dalam petikan. Antaranya, kita hendaklah rajin menghadiri latihan sukan. Selain itu, kita mestilah jujur seperti tidak mahu mengambil wang
di dalam dompet yang kita temui. Seterusnya, kita hendaklah berakhlak mulia dan tidak terpengaruh
dengan hasutan rakan untuk mengambil dompet itu. Selain itu, kita patut bertanggungjawab dengan menyerahkan
dompet itu kepada guru bertugas. Akhir sekali, kita mesti menghargai sikap baik seseorang dengan cara memberikan pujian atas
tindakan yang dilakukan.
72 patah perkataan
Cara penulisan di atas adalah sebagai contoh sahaja.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Info menarik..tahniah!
ReplyDelete