Kefahaman dan Pemahaman Adakah Kedua-duanya Sama?
Oleh S. NATHESAN
Baru-baru ini, semasa sesi kelas bahasa, timbul satu persoalan dalam kalangan murid saya tentang maksud kata nama terbitan kefahaman dan pemahaman.
Persoalannya: Adakah kedua-dua perkataan ini mempunyai maksud yang
sama, atau sebaliknya? Umumnya, tanggapan pengguna adalah bahawa
kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang sama, iaitu perkataan yang
bersinonim dalam bahasa Melayu.
Dalam kalangan guru, sering juga timbul
persoalan ini, khususnya ketika digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa. Kerap juga, guru mengendalikan aktiviti membaca
petikan dan kemudian latihan, sama ada secara lisan atau tulisan untuk
menguji pemahaman pelajar mereka. Adakah aktiviti membaca, memahami
petikan dan menjawab soalan mengenai petikan disebut sebagai latihan
kefahaman atau latihan pemahaman? Kini, memang terdapat penggunaan
secara bertukar ganti antara latihan kefahaman dan latihan pemahaman
dalam kalangan guru.
Untuk memahami maksud kedua-dua perkataan tersebut, kita teliti dahulu maknanya. Entri dalam Kamus Dewan Edisi Keempat(2005) adalah seperti yang berikut:
Kefahaman: keupayaan
(kemampuan) memahami, faham tidaknya (seseorang) akan sesuatu yang
dipelajari (dibaca,dsb). Contoh ayat: Oleh itu, ujian keberkesanan
pengajaran guru yang sebenarnya ialah kefahaman pelajar.
Pemahaman: perihal
memahami, apa yang difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu
difahami, tanggapan. Contoh ayat: Kesan yang paling ketara yang saya
peroleh daripada kursus ini ialah pemahaman saya tentang hakikat Islam sebagai tatacara hidup yang lengkap.
Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Mac 2012.
Saya suka halaman ini.Menambahkan ilmu saya.Terima kasih cikgu.
ReplyDeleteTerima kasih cikgu...sama-sama kita kongsikan..
DeleteSama-sama....terima kasih sudi singgah..
ReplyDeletetahniah,blog yang penuh perisian dan menarik.teruskan usaha anda
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletetahniah,blog yg menarik
ReplyDeleteMenarik dan byk info!
ReplyDeleteBerinfomasi!
ReplyDeleteBerinfomasi!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Delete