Friday 16 November 2012

IMBUHAN AWALAN YANG MENUNJUKKAN BILANGAN



Imbuhan awalan dalam bahasa Melayu yang merujuk bilangan ialah tuna-, eka-, dwi-, tri dan panca- Awalan ini dipinjam daripada bahasa Sanskrit, iaitu imbuhan yang telah lama terserap ke dalam sistem bahasa atau tatabahasa bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, imbuhan awalan yang menunjukkan maksud bilangan ini kurang digunakan oleh penutur jati bahasa Melayu. Imbuhan seperti tuna- dan tri- dilihat penggunaannya tidak begitu produktif dalam bahasa Melayu untuk membentuk kata terbitan berbanding dengan imbuhan eka-, dwi- dan panca-.
Imbuhan tuna- kurang digunakan dalam bahasa Melayu, tetapi acap terdapat dalam bahasa Indonesia. Awalan tuna- menerbitkan kata nama untuk memberikan makna tiada atau tidak mempunyai langsung. Contohnya:
i. tunaaksara – tidak dapat membaca dan menulis, buta huruf.
ii. tunawisma – tidak mempunyai tempat tinggal atau rumah yang tetap, gelandangan.
iii. tunasusila – tidak bersusila.
iv. tunawicara – tidak dapat bercakap atau bisu.




Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Jun 2012

7 comments:

  1. nota yang membantu murid untuk menguasai kemahiran.

    ReplyDelete
  2. Maklumat yang ringkas dan menarik. Murid mesti suka.

    ReplyDelete
  3. Maklumat cikgu banyak dan jelas . Terima kasih kerana perkongsian ilmu .

    ReplyDelete
  4. Tahniah cg...sati blog yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran..

    ReplyDelete

anda komen daku balas